Blog NKhairil

Just another WordPress weblog

The Bread Maker – Souq Al-Waqif

without comments

Whilst walking around Souq Al-Waqif with my wife and two kids, we found this small “bread” shop premise. The space is not huge, but just enough to accommodate the 4 workers and the “oven” to “cook” the bread. Have had the permission to entered the premise, I’m not wasting my time to captured the moment on this bread maker.

Altogether 4 worker - 1 the cook, 2 preparing the dough, and 1 the seller.

Preparing the dough.

Preparing the dough.

Dough line-up. Ready to go!

Dough line-up. Ready to go!

Ready to paste the dough into the jar.

Ready to paste the dough into the jar.

Tampal! [note that the cracks all around the jar-oven. Please dont ask me about how safe it is..hehe]

Tampal! note that the cracks all around the jar-oven. Please dont ask me about how safe it is..hehe

Wait for couple of minutes before pick it up.

Wait for couple of minutes before pick it up.

The view inside the oven.

The view inside the oven.

Picked up. Almost done.

Picked up. Almost done.

Picked & transferred.

Picked & transferred.

Dah siap & ready for sale. The price? QAR1 per 5 pcs. Mmg murah.

Dah siap & ready for sale. The price? QAR1 per 5 pcs. Mmg murah.

Siap sedia utk jadi jualan & santapan. Hehe.

Siap sedia utk jadi jualan & santapan. Hehe.

It was nice to captured the process of doing it. Once done, I gave each of the worker about 10 riyal as sedekah.

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

Written by admin

October 17th, 2009 at 3:08 am

Posted in Doha

Analisis : Pencarian Lailatul Qadar – dari sudut fotografi?

with one comment

Ini adalah posting terakhir saya ttg ‘Pencarian Lailatul Qadar – dari sudut fotografi?’. Saya akan cuba ceritakan dari awal hingga akhir kenapa fotoshoot ini dibuat, sedikit analisis beserta respond & persoalan dari yg mengikuti perkembangan fotoshoot ini secara langsung atau tidak langsung, pengalaman ringkas saya semasa fotoshoot ini dibuat, dan beberapa lagi point yg saya rasa mungkin berguna utk saya terangkan di sini.

Kenapa fotoshoot ini dibuat?

Semuanya bermula dgn mendapat email dgn attachment ini. Diceritakan di dlm attachment tersebut ttg seorg yang telah memerhatikan selama 7 tahun malam2 Lailatul Qadar (LQ) dan beliau telah me”ramal” untuk tahun2 seterusnya berdasarkan sequence yg telah diperhatikannya selama 7 tahun. Yg menarik perhatian saya adalah 2 foto di dlm attachment tersebut yg menunjukkan perbezaan pagi terbitnya matahari yg didakwa malam sebelumnya adalah malam LQ berbanding malam yg didakwa bukan malam LQ.

Sebagai seorg yg mempunya technical background dan mempunyai sedikit asas ttg fotografi, diri saya sendiri agak skeptikal dgn foto2 di dlm attachment tersebut dan juga “ramalan” yg dibuat kerana:

  1. Tiada technical details dari foto2 tersebut.
  2. Tiada dinyatakan fotografi equipment yg digunakan.
  3. Set-up fotografi equipment yg digunakan – sbg cth, adakah setting yg digunakan itu sama pada ke-dua2 hari yg dirakam? Kerana ia boleh mempengaruhi kadar masuknya cahaya ke dlm sensor fotografi equipment yg digunakan, dan ini secara tidak lansung mempengaruhi output foto2 tersebut.
  4. Kenapa hanya perbezaan hanya di letakkan utk 2 hari sahaja? Bagaimana dgn hari2 yg lain (10 hari Ramadhan terakhir)? Mungkinkah akan ada trend yg sama atau berbeza dgn hari2 yg lain (10 hari terakhir Ramadhan)?
  5. Adakah dgn mengambil direct daripada hadis bahawa tanda2 mlm LQ, “the sun rises the day after that night with no ray” dan dgn hanya memerhatikan tanda ini seseorg boleh membuat ramalam bilakah malam LQ?

Saya sama sekali tidak mengatakan bahawa apa yg disebutkan di dlm attachment itu salah mahupun mengiyakan, justeru saya mengambil inisiatif utk mula merakamkan detik2 terbitnya matahari utk 9 mlam terakhir Ramadhan [pada awalnya plan utk 10 mlm terakhir, tetapi saya fikir 9 hari mungkin sudah cukup utk lihat "trend"]. Inisiatif saya ini juga bukan utk membuktikan apa2, tetapi saya mahu lihat dgn mata saya sendiri seterusnya dirakamkan dgn lensa sesuatu yg “solid” yg mungkin boleh dijadikan kajian lanjut.

Pada awalnya saya hanya ingin berkongsi fotoshoot ini apabila di penghujung Ramadhan, tetapi seorg sahabat memberi nasihat supaya ia di buat secara “update” daily agar mungkin dapat diiikuti oleh sesiapa yg berminat. Dan juga membentuk sekurang2nya suatu “awareness” kepada sesiapa yg mungkin tidak berminat mencari malam LQ supaya akan mula berfikir dan memulakan langkah awal utk mencari malam LQ ini.

Perlu saya jelaskan sekali lagi disini bahawa foto2 yg diambil tidak boleh dijadikan sama sekali asas atau bukti bahawa malam sebelumnya adalah malam Lailatul Qadar. Hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui malam Lailatul Qadar dan kita sebagai hamba tidak layak sama sekali utk membuat apa2 ramalan atau spekulasi berdasarkan kpd foto semata2. Foto shoot ini adalah kajian “ringkas”  dan inisiatif saya secara peribadi dan utk dikongsi kepada semua. “Ringkas” kerana ia hanya melibatkan peralatan fotografi dan pandangan mata kasar saya sahaja. Faktor terperinci (details) cuaca, suhu, tahap kelembapan udara, visibility dan apa2 lagi yg berkaitan tidak diambil kira dlm siri fotoshoot ini kerana diluar bidang saya.

Peralatan fotografi & setting yg digunakan

Dalam siri fotoshoot yg julung2 kali saya buat, saya menggunakan peralatan2 berikut:

  • DSLR Nikon D700
  • Lensa Nikkor 70-200 f/2.8
  • Tripod

Camera dgn lense di attachkan di atas tripod dan di hala kan terus ke arah matahari terbit. Camera di set kan kepada Manual (M) mode dgn shutter 1/100s, aperture f/14, ISO 200. Setting ini digunakan bukan digunakan atas sebab2 teknikal  tetapi adalah kerana output exposure adalah baik mengikut penglihatan mata saya – maksudnya tidak terlalu under-expose (gelap) ketika matahari mula terbit & tidak terlalu over-expose (terang) ketika matahari mula menyebarkan cahaya.

Untuk fair comparison, semua gambar2 yg diambil menggunakan setting di atas. Semua gambar2 yg diambil juga adalah SOOC (Straight out of camera)-tidak ada sebarang editing dibuat keatas tone warna dan details melainkan resizing gambar utk dijadikan thumbnail dan medium size utk di masukkan ke dlm blog ini. Authenticity foto2 dan juga details foto2 yg diambil boleh dilihat di sini.

Parameters

Parameter2 yg diukur adalah seperti yg berikut:

  • Pattern sebaran cahaya terbitnya matahari. Ini adalah berdasarkan kepada attachment yg saya sebutkan tadi, dan juga salah satu tanda yg boleh dilihat secara fizikal kemunculan malam LQ adalah pada keesokan paginya”cahaya matahari terbit dlm keadaan tidak begitu bercahaya (suram)” – berdasarkan kepada kebanyakan hadis seperti di bawah:

Specifying the Night of Decree and its Signs

This is supported by what Imam Ahmad recorded from `Ubadah bin As-Samit that the Messenger of Allah صلى الله عليه وآله وسلم said: “The Night of Al-Qadr occurs during the last ten (nights). Whoever stands for them (in prayer) seeking their reward, then indeed Allah will forgive his previous sins and his latter sins. It is an odd night: the ninth, or the seventh, or the fifth, or the third or the last night (of Ramadan).”

The Messenger of Allah صلى الله عليه وآله وسلم also said: “Verily, the sign of the Night of Al-Qadr is that it is pure and glowing as if there were a bright, tranquil, calm moon during it. It is not cold, nor is it hot, and no shooting star is permitted until morning. Its sign is that the sun appears on the morning following it smooth having no rays on it, just like the moon on a full moon night. Shaytan is not allowed to come out with it (the sun) on that day.” This chain of narration is good. In its text there is some oddities and in some of its wordings there are things that are objectionable.

Source : Night of Power Lailatul Qadr

  • Pattern “kadar kesuraman cahaya matahari” diukur dgn masa berapa lamakah ia akan mula menyebarkan cahaya dari mula ianya terbit sehingga ianya tersebar mengikut penglihatan mata kasar saya. Untuk melihat pattern kadar sebaran cahaya matahari dari mula ianya terbit, dan utk fair comparison saya mengambil keputusan utk include shoot hari2 genap (22, 24, 26, 28 – kecuali 20). Ini membolehkan saya melihat pattern dari hari ke hari.
  • Waktu hari bermulanya Ramadhan (awal Ramadhan) adalah mengikut waktu Qatar tahun 2009 (1430).
  • Waktu terbitnya matahari diambil dari Islamic Finder berdasarkan waktu Doha, Qatar.
  • Catatan masa adalah mengikut masa handphone saya. Accuracy pada setiap catatan kemungkinan +/-20 sec.
  • Keadaan cuaca adalah mengikut pemerhatian mata kasar saya (mendung, cerah, etc). Benchmark saya adalah bangunan2 tinggi di Corniche yg mmg boleh nampak secara jelas dari tempat saya mengambil fotoshoot ini sekiranya cuaca cerah atau tidak nampak langsung sekiranya cuaca mendung. Details cuaca seperti (temperature, humidity, visibility, etc) tidak saya masukkan kerana ia di luar bidang saya. Walau bagaimanapun, mungkin saya akan cuba masukkan sedikit Doha historical weather dari Freemeteo.com  dari pagi 21 Ramadhan (11th Sept) hingga pagi 29 Ramadhan (19th Sept) utk ulasan details di bawah.
  • Shoot dibuat antara jam 5.24pagi iaitu daripada mula matahari dapat saya lihat dari mata kasar, sehingga sebaran cahaya yg agak “terang”. Secara purata, shoot dibuat di antara jam 5.24 pagi hingga 6 pagi.

Perincian hari2 shooting dibuat (details on days of the fotoshoot)

Note : Untuk memudahkan perbandingan di antara hari, sila pergi ke link berikut (sila klik pada thumbnaik utk foto yg lebih besar)

Part 1: Dari 21 Ramadhan hingga 24 Ramadhan

Part 2: Dari 25 Ramadhan hingga 29 Ramadhan

Hari2 ganjil 21,23,25,27, dan 29 (juga 1 Syawal)

Please click here to see the higher resolution, authenticity & details (EXIF) of all photos

Berikut adalah penerangan ringkas hari2 fotoshoot dibuat:

21 Ramadhan (11 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam ganjil (odd) ke-21

Matahari terbit dijadualkan pada jam 5.18 pagi. Saya dapat melihat dgn mata kasar matahari terbit lebih kurang jam 2-3 minit lewat iaitu lebih kurang di antara jam 5.21-5.23 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca adalah cerah. Begitu juga cuaca dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com. Matahari agak terik bermula jam 5.35 pagi dan saya mengambil keputusan utk stop pada waktu ini. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

22 Ramadhan (12 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam genap (even) ke-22

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.18 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca adalah cerah. Begitu juga cuaca dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com. Matahari agak terik juga bermula jam 5.35 pagi. Tiada apa2 perbezaan yg ketara berbanding hari semlm (21 Ramadhan). Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

23 Ramadhan (13 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam ganjil (odd) ke-23

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.19 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca adalah mendung dan berawan, satu perubahan yg agak drastik sekiranya dibandingkan dgn hari yg ke-21 dan ke-22. Namun begitu, cuaca di kategorikan sebagai “Clear” (dari jam 5-6pagi iaitu semasa shoot dibuat). Pendapat peribadi saya cuaca pada pagi ini agak pelik. Cahaya matahari tersebar lebih kurang 13minit lebih lewat (mungkin lebih lewat lagi kerana saya terpaksa berhenti utk bersiap ke tempat kerja) iaitu jam 5.48 pagi berbanding 2 hari sebelumnya iaitu jam 5.35pagi. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

Berita dari rakan2 lain (negara selain dari Qatar) pada hari ini:

  • Sudan (musim panas) diberitakan hujan renyai2 selama lebih kurang 10 minit, kemudian langit terang biru dgn cuaca yg menarik.
  • Di satu kawan di Saudi, diberitakan kabus dan embun yg tebal sedangkan di hari lain tidak begini.
  • Malaysia diberitakan hujan pada sebelah malam, dan cerah serta langit yg bersih pada pagi hari ini.

24 Ramadhan (14 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam genap (even) ke-24

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.19 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca adalah sedikit berawan, humid, dan panas. Cuaca dikategorikan “Haze” dari Freemeteo.com pada jam 6 pagi. Matahari kelihatan mula tersebar jam 5.44pagi [atau mungkin juga jam 5.45pagi],3-4 minit awal berbanding pagi 23 Ramadhan. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

25 Ramadhan (15 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam ganjil (odd) ke-25

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.19 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca agak cerah kurang panas dan kurang humid berbanding 24 Ramadhan. Cuaca dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com pada jam 5-6 pagi. Matahari kelihatan mula tersebar jam 5.41pagi . Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

26 Ramadhan (16 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam genap (even) ke-26

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.20 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca agak cerah. Cuaca juga dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com pada jam 5-6 pagi. Seperti 25 Ramadhan, matahari kelihatan mula tersebar jam 5.41pagi. Penpadat peribadi saya, cuaca seolah2 semakin “clear” secara berperingkat dari hari ke hari sejak “mendung” pada hari ke-23. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

27 Ramadhan (17 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam ganjil (odd) ke-27

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.20 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca agak cerah. Cuaca juga dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com pada jam 5-6 pagi. Tidak banyak perbezaan pattern cahaya dimana ia kelihatan mula tersebar jam 5.41pagi. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

Berita dari rakan2 lain (negara selain dari Qatar) pada hari ini:

  • Seorang rakan di Jakarta memberitahu matahari pada pagi ini kelihatan agak berbeza (katanya -seperti bulan??).
  • Seorang follower blog ini di Malaysia memberitakan bahawa kecerahan cahaya matahari di Malaysia agak berbeza dgn hari2 lain (cahaya putih).

28 Ramadhan (18 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam genap (even) ke-28

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.20 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca agak cerah. Cuaca juga dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com pada jam 5-6 pagi. Tidak banyak perbezaan pattern cahaya berbanding pagi 25, 26, dan 27 Ramadhan dimana ia kelihatan mula tersebar jam 5.41pagi. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini.

29 Ramadhan (19 Sept 2009), malam sebelumnya adalah malam ganjil (odd) ke-29

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.21 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca adalah cerah. Cuaca juga dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com pada jam 5-6 pagi. Namun begitu, keadaan pagi ini agak ganjil. Saya menjangkakan ia tidak akan banyak perbezaan dgn hari 25, 26, 27, dan 28, tetapi sangkaan saya meleset sama sekali. Pada keadaan cuaca yg cerah [saya boleh lihat dgn jelas bangunan2 di Corniche] dan tidak berawan [berbanding dgn pagi ke-23], pattern cahaya matahari agak suram dan ia mula tersebar melebihi jam 5.48 pagi iaitu lebih kurang jam 5.51 pagi. Foto2 pada pagi ini buleh dilihat di sini. Nota: saya meneruskan shoot pagi ini sehingga jam 6 pagi, tetapi foto2 melebihi jam 5.48 pagi tidak disertakan dgn tujuan supaya perbandingan dgn hari lain dapat dilihat.

Berita dari rakan2 lain:

  • Dukhan diberitakan tidak panas dan udara yg “nyaman”.
  • Malaysia diberitakan tidak mendung dan tidak panas dan tidak hujan. Di sesetengah tempat saya di khabarkan hujan selepas Subuh.
  • Tidak ada berita di tempat lain [mungkin kerana sibuk persiapan Hari Raya. Wallahuaklam].

1 Syawal (20 Sept 2009) Note: shoot pagi ini diambil kerana saya berminat utk melihat “trend” disebabkan “kelainan” pada 29 Ramadhan. Shoot bermula jam 5.30 pagi

Matahari terbit dijadualkan juga pada jam 5.21 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cuaca adalah cerah. Cuaca juga dikategorikan “Clear” dari Freemeteo.com pada jam 5-6 pagi. Mengikut pandangan mata kasar, cahaya matahari mula tersebar jam 5.48 pagi, berbeza dari 29 Ramadhan lebih kurang jam 5.51 pagi.

Keputusan (result)

Perhatian: Result di bawah adalah pandangan peribadi saya. Anda berhak utk membuat penilaian anda sendiri dan saya tidak akan sekali2 mempersoalkan penilaian anda.

  1. Tanpa mengambil kira faktor cuaca dan jika terus mengambil “cahaya matahari terbit dlm keadaan tidak begitu bercahaya (suram)”, ia sepatutnya hari ke-23 dan hari ke-29 di mana hari ke-29 adalah hari yg paling berbeza berbanding hari2 yg lain.
  2. Jika faktor cuaca di ambil kira, hari ke-29 masih merupakan hari yg paling berbeza berbanding hari2 yg lain. Note : Walaupun hari ke-23 agak mendung, hari ke-29 masih lagi mempunyai tahap kesuraman yg lebih daripada hari ke-23.
  3. Jika berdasarkan attachment ini dan jika mengambil kira “cahaya matahari terbit dlm keadaan tidak begitu bercahaya (suram)”, maka apa yg di”ramal”kan adalah salah [mengikut sequence yg di"ramal"kan di dlm attachment tersebut utk tahun 1430 mlm LQ adalah malam ke-25].
  4. Jika pagi 21 & 22 dijadikan “benchmark” pagi yg paling bercahaya, “cahaya matahari terbit dlm keadaan tidak begitu bercahaya (suram)” adalah bermula pada hari ke-23 hingga ke-29. Justeru, hari2 ganjil 23, 25, 27, dan 29 juga boleh di ambil kira sebagai cahaya matahari terbit dlm keadaan tidak begitu bercahaya (suram).
  5. Walaubagaimanapun, satu persoalan (yg diajukan oleh beberapa org yg mengikuti siri fotoshoot ini) boleh mengubah sama sekali turutan hari ganjil & genap utk 10 hari terakhir Ramadhan di atas iaitu:

Penentuan awal Ramadhan oleh sesebuah negara atau tempat adalah berbeza. Sebagai contoh, awal Ramadhan di Africa atau Jepun mungkin awal atau lewat sehari berbanding Qatar. Oleh itu, hari2 ganjil di Qatar mungkin adalah hari2 genap di negara2 tersebut vice versa. Justeru, potential malam LQ di negara2 tersebut mungkin adalah di antara malam2 genap di Qatar.

Jika diambil kira persoalan#5 di atas maka setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadhan adalah sebenarnya potential malam LQ. Dan utk itu maka secara statistiknya, peluang seseorg utk mendapat malam LQ adalah 1/10 (10%) sekiranya melakukan qiyam/ibadah pada 1 malam sahaja antara 10 malam terakhir Ramadhan. Percentage ini tentunya akan meningkat sekiranya seseorg itu meningkatkan lagi amalan ibadah berterusan pada setiap malam dan secara matematiknya, peluang akan meningkat sehingga 100% sekiranya melakukan selama 10 malam secara berterusan. Walau bagaimanapun, kadar 100% seseorg mendapat malam LQ sama sekali tidak bermaksud “guarantee” ia akan bertemu dgn LQ, sebaliknya ini hanyalah statistik sahaja dan semestinya ia adalah hak Allah SWT utk memberi nikmat LQ itu kepada hamba Nya yg dipilih oleh Nya.

Kesimpulan

Saya mendapat banyak respond dan email daripada pembaca blog ini ttg keyakinan mereka terhadap hari tertentu yg mereka rasakan itulah malam LQ berdasarkan foto2 yg saya ambil. Melalui fotoshoot ini, tidak ada yg conclusive yg boleh saya katakan. LQ adalah hubungan antara seseorang individu dgn Allah SWT. Sekiranya anda yakin malam2 tertentu itu adalah malam LQ, maka yakinilah sebaiknya kerana Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah menghampakan hamba Nya yg meminta dah berdoa kepada Nya.

Cuma satu conclusion yg boleh saya katakan di sini iaitu pada pendapat peribadi saya, setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadhan adalah [potential] malam LQ maka atas sebab inilah pada pendapat saya Nabi SAW berpesan agar menghidupkan 10 malam terakhir. Dan tidak ada seorg pun yg boleh meramalkan bilakah malam tersebut dgn apa cara sekalipun kerana ia adalah hak Allah SWT utk diberikan kepada hamba2 Nya yg terpilih.

Penutup

Saya ingin meminta maaf kepada semua pembaca fotoshoot ini sekiranya siri ini boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap anda. Dlm pada masa yg sama saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala respond dan email yg sedikit sebanyak membantu kefahaman diri saya sendiri yg masih merangkak utk belajar mengagumi hasil ciptaan Allah SWT. Sekiranya ada sesetengah pihak menganggap ini adalah suatu perkara yg remeh dan membuang masa, ketahuilah bahawa saya adalah hamba Nya yg masih jahil dan masih perlu belajar.

Fotoshoot ini adalah kajian ringkas peribadi saya dan dgn berkongsi dgn anda saya berharap ada di antara kita yg dapat sedikit manfaat daripadanya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan & comment sila emailkan kepada saya nkhairil79@gmail.com.

Cadangan?

Saya mengalu2kan sebarang cadangan dari anda utk siri Photoshoot seterusnya terutama sekali ttg bukti ke Esa an Allah SWT yg mungkin boleh dikaitkan dgn hadis2 sahih. Sila email kepada saya nkhairil79@gmail.com sekiranya anda mempunyai cadangan.

Perhatian : Segala hasil foto dan observation dlm siri “Pencarian Lailatul Qadar – dari sudut fotografi?” ini adalah usaha peribadi kerana Allah SWT. Hasil2 tulisan dan kajian ringkas ini adalah percuma utk diedarkan sekiranya anda fikir ia bermanfaat utk disebarkan kepada umat Islam lain. Siri ini akan di terjemahkan kepada English Language sedikit masa lagi supaya mudah di sebarkan kepada semua, Insya Allah.  Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita utk belajar mengagumi kebesaran Nya. Wallahuaklam.

Written by admin

September 21st, 2009 at 4:22 pm

Pencarian Lailatul Qadar – dari sudut fotografi? (update 19th Sept 2009, 29 Ramadhan)

with one comment

Berikut adalah observation saya pada 19th Sept 2009 (29 Ramadhan, malam sebelumnya ganjil ke-29)

Utk post sebelumnya sila klik link di bawah:

Kenapa fotoshoot ini dibuat & Foto sunrise 21,22 dan 23 Ramadhan.

Foto sunrise 24 Ramadhan.

Foto sunrise 25 Ramadhan.

Foto sunrise 26 Ramadhan.

Foto sunrise 27 Ramadhan.

Foto sunrise 28 Ramadhan.

Sila klik utk Part 1: Comparison thumbnail dari 21 Ramadhan hingga 24 Ramadhan.

Sila klik utk Part 2: Comparison thumbnail dari 25 Ramadhan hingga 28 Ramadhan.

Comparison hari2 ganjil 21,23,25,27 dan 29.

Please click here to see the higher resolution, authenticity & details (EXIF) of all photos.

19th Sept 2009 (pagi 29 Ramadhan – malam sebelumnya adalah malam ganjil ke-29 Ramadhan)

lnd_2430

Jam 5:24 pagi

——————————————————-

lnd_2431

Jam 5:27 pagi

——————————————————-

lnd_2434

Jam 5:30 pagi

——————————————————-

lnd_2436

Jam 5:32 pagi

——————————————————-

lnd_2437

Jam 5:35 pagi

——————————————————-

lnd_2438

Jam 5:37 pagi

——————————————————-

lnd_2439

Jam 5:39 pagi

——————————————————-

lnd_2440

Jam 5:41 pagi- cahaya masih belum tersebar seperti hari ke 25,26,27, dan 28.

——————————————————-

lnd_2441

Jam 5:42 pagi

——————————————————-

lnd_2443

Jam 5:43 pagi – Focal length 80mm

——————————————————-

lnd_2445

Jam 5:44 pagi – Focal length 80mm

——————————————————-

lnd_2446

Jam 5:45 pagi – Focal length 80mm

——————————————————-

lnd_2450

Jam 5:47 pagi – Focal length 80mm

——————————————————-

lnd_2453

Jam 5:48 pagi – Focal length 80mm – cahaya matahari masih belum tersebar seperti hari ke-23.

——————————————————-

Pada jam 5.48 pagi, cahaya matahari masih belum tersebar seperti hari ke-23. Apakah ada tanda ini menunjukkan malam ke-29 adalah malam Lailatul Qadar? Wallahuaklam, hanya Allah SWT sahaja yg Maha Mengetahui.

Perhatian & Amaran : Foto2 yg diambil tidak boleh dijadikan sama sekali asas atau bukti bahawa malam sebelumnya adalah malam Lailatul Qadar. Hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui malam Lalilatul Qadar dan kita sebagai hamba tidak layak sama sekali utk membuat apa2 ramalan atau spekulasi berdasarkan kpd foto semata2. Foto shoot ini adalah kajian “ringkas”  dan inisiatif saya secara peribadi dan utk dikongsi kepada semua. “Ringkas” kerana ia hanya melibatkan peralatan fotografi dan pandangan mata kasar saya sahaja. Faktor cuaca, suhu, tahap kelembapan udara, visibility dan apa2 lagi yg berkaitan tidak diambil kira dlm siri fotoshoot ini kerana diluar bidang saya. Sila war2kan kepada rakan2 Islam kita yg lain sekiranya anda fikirkan ia perlu untuk disebarkan. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

Written by admin

September 19th, 2009 at 11:57 am